Hi semua,

Hari ini, saya ingin kongsi sedikit tentang menyediakan kucing anda untuk mandi.

Mungkin saya berat sebelah tetapi saya fikir kucing adalah haiwan yang paling bersih dalam dunia ini. Jauh lebih baik daripada anjing !!

Walaupun kita memang reti menjaga diri sendiri, kadang-kadang, kita suka menikmati mandian, terutamanya, kalau kita telah main dalam hujan.

Jadi, berikut adalah lima tips paling penting apabila memandikan kucing anda:-

1.     Pastikan kucing anda sedia untuk mandi

Yang ni adalah paling penting, sebab anda kenal kucing anda lebih daripada orang lain.

Kadang kala, kucing anda dengan tenangnya tidur atas peha anda tapi sebaik sahaja anda sentuhnya, dia akan mengamuk dan gigit anda.

Oleh itu, anda mestilah pastikan kucing anda berasa tenang, mungkin masa lepas makan atau baru bangun. Carilah masa yang sesuai untuk kucing anda dan bukan sahaja masa lapang anda.

2. Carilah tempat yang tenang

Bayangkan diri anda dalam Jakuzi atas gunung dikelinlingi oleh alam sekitar. Anda betul-betul boleh menjadi satu dengan alam semesta.

Inilah jenis tempat yang kucing anda perlukan. Macam ini, barulah kucing anda boleh rileks semasa mandi dan bukan sahaja cuba melarikan diri.

3. Persekitaran haruslah menenangkan

Masa mandian adalah masa untuk anda menikmati dengan kucing anda dalam suasana yang tenang. Pastikan telefon dan televisyen anda dimatikan. Pastikan tidak akan ada sebarang gangguan.

Sebelum mandikan kucing anda, eksperimenlah dengan muzik yang berbeza dan cari yang kucing anda paling suka. Saya suka Mahler’s Fifth Symphony ! Anda juga boleh cuba nyanyi supaya kucing anda berasa lebih selesa.

4. Gunalah alat yang sesuai

Semua alat yang anda perlukan, mestilah berada berdeketan anda. Tuala yang lembut, pengering rambut, dan shampoo Pure C haruslah senang diambil. Ingat, kucing anda boleh tiba-tiba panik atau menjadi stress. Oleh itu, semua bahan yang anda perlu mestilah berhampiran.

5. Biasakan kucing anda dengan proses mandian

Beberapa hair sebelum anda mandikan kucing anda, bagilah kucing anda peluang untuk membiasakan diri dengan alat-alat yang anda akan digunakan semasa memandikan kucing anda.

Ini bermakna anda mesti letak barang-barang yang anda akan gunakan di tempat yang senang dicapai, supaya kucing anda boleh membiasakan diri dengan barang-barang tersebut.

Sekarang, selepas semua penyediaan ini, anda bolehlah menikmati masa mandian dengan kucing kesayangan anda.